-->

iklan banner

Masalah Usb Mouse Hilang Fungsi Semasa Boot Windows


Dah bertahun-tahun guna komputer, ini first time saya terjumpa problem mouse USB yang macam ni. Memang pening jadi kepala saya tak tahu macam mana nak solve problem ni. Google kat internet, memang banyak cara penyelesaiannya. Tapi kebanyakkannya kisah pasal problem Windows atau driver. Ada juga yang cakap pasal problem hard disk.

Masalah Problem:

Bila tekan butang start pada casing. Semua normal. Komputer hidup macam biasa. Yang diperhatikan, USB mouse pun ok. Nampak ia punya lampu merah kat bawah tu memang menyala. Ni USB optical mouse Logitech yang murah-murah ajer.

Ok semua normal. Tapi sekali datang kat screen nak masuk Windows XP, lampu merah pada optical mouse tu padam. Macam seakan-akan power putus. Dah tukar-tukar ke port lain pun sama juga. Dah try masuk Safe Mode, pun sama juga mouse akan mati jikalau masa nak masuk Windows.

Dah banyak kali restart komputer. On Off. Sampai rasa macam nak format jer komputer tu.

Mulanya saya ingat mouse rosak. Tapi jikalau saya tukar pada mouse yang elok, pun sama juga. Lepas tu bajet USB port lah yang problem, tapi speaker USB saya ok jer.

Penyelesaian:

Cabut power cable, biarkan seminit dua. Lepas tu on balik. Settle!

Sumber http://johanrakyat.blogspot.com

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Masalah Usb Mouse Hilang Fungsi Semasa Boot Windows"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel