| Jenis Pantun : Dua Kerat | Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki Fungsi : Untuk berseronok dan menerka kebolehan dalam berfikir | Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Jenaka Fungsi : Semata-mata untuk hiburan | Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang | Burung merbuk menciptakan sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga jelek di mata orang, Intan berkarang di hati saya. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat | Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi | Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib | Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau | Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain lembap kering di pinggang. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat | Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan | Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah satria di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa | Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat | Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dinantikan helang. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama | Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia. |
| Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanak Fungsi : Lagu murung dan bersuka-ria | Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur. |
Sumber http://senyumketiga.blogspot.com
0 Response to "Pantun Usang Empat Kerat"
Posting Komentar